Perkara paling merisaukan aku sepanjang berada di Ansuan ialah musim kemarau. Bekalan air mana mahu kami ambil. Tangki rumah dah kering. Tangki sekolah yang besar2 tu pun dah kering. Bukan kering sebab banyak sangat guna air tapi kabel air yang tak dicheck menyebabkan ada air bocor ditambah pam tandas sekolah yang bocor. Rugi oooo..... Sebaik musim hujan ari tu, tanpa disangka2 bermulalah musim kemarau paling panjang sepanjang aku kat Ansua. Hampir 4 bulan x ada air. Kawan2 rumah sebelah dah mandi air sungai kat Buis. Aku x sanggup sebab takut berenang dan dgr2 ada buaya. Ape2pun, alhamdulillah menjelang saat paling kritikal kami dah hampir habis semuanya, tiba2 hujan turun. Berkat usaha aku berdoa kepada tuhan agar ditamatkan malapetaka ini. Yang kesiannya, Cikgu Sue dan Zana beru je beli air sungai, beberapa hari hujan turun. Sampai ada yang kena gatal2 kulit. Kesian...
skip to main |
skip to sidebar
Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Inikan Pula Tempat Bermain
0 comments:
Post a Comment