Friday, March 4, 2011

:: Perjalanan Ke SK Ansuan ::

SK Ansuan tercinta adalah sebuah sekolah yang indah bagi saya. Pengalaman bertugas di sana selama 2 tahun cukup memberi pengalaman bermakna sepanjang bertugas sebagai guru. SK Ansuan terletak di Kampung Berayung, Telupid. Dahulu org2 dari Kg Ulu Ansuan ramai menghantar anak mereka ke sini. Tetapi, semenjak mereka sudah ada sekolah sendiri (SK Ulu Ansuan), maka tinggallah anak2 org Kg Berayung.

SK Ansuan dan SK Ulu Ansuan selalu disalahertikan oleh orang ramai. Mereka sangkakan ia sekolah yang sama. Sebaliknya, SK Ulu Ansuan adalah sekolah yang terletak di seberang sungai. Kami sekolah yang terletak sebelum sungai dan berjiran dengan SK Buis.

Di Sabah, kedudukan sesebuah sekolah pedalaman terbahagi kepada 3 kategori iaitu P1, P2 dan P3. "P" untuk pedalaman. SK Ansuan ini berada dalam kategori P1 (pedalaman 1). Sekiranya anda buka Google maps, ini koordinat SK Ansuan : Koordinat X (117.19887) Koordinat Y (5.75059).

Di bawah ini ialah gambaran sekolah yang berkategori P1. Anda boleh bayangkan sendiri jika sesebuah sekolah itu berkategori P2 dan P3. Lagi dahsyat daripada kami... sebagai contoh SK Inarad (P3). Biasanya, jika kita memandu kenderaan dengan kelajuan 40-50Kmj, mungkin ambil masa 45 minit untuk sampai ke jalan besar. Pekan terhampir yang wujud di kawasan kami ialah Pekan Telupid.

Papan Tanda Buis Kiabau
Lori jalan kami berhenti
Makan debu kami yg menunggang motosikal
Butiran batu kerikil
Jalan jauh lagi
Baru nak masuk
Kira cantik jalan mcm ni
Jauh lagi
Mendaki Bukit
Pemandangan musim panas
Batu-batu Gravel
Jalan Gravel
Buis Kiabau
Buis Kiabau

0 comments:

Post a Comment